16 January 2014

HINGGA TIBA SAAT ITU

Lihatlah diri ini
Hanya ruang yang sepi
Kekosongan tiada berseri
Bagai pelaut usang
Yang dipukul gelombang
Itu bagiku pengalaman
Laut yang tak bertepi
Begitu nasib diri
Ku terumbang ambing diri
Tak kuasa berteman
Mencari keriangan
Bimbang diri kecundangan
Beronak berliku pendakian hidup ini
Terjatuh ke lumpur
Ditertawa dicaci
Sewaktu dipuncak
Banyak mata memandang
Namaku disebut dipuji dijulang
Siapa kawan
Siapa lawan
Tipisnya garis perbezaan
Lantaran itu kau maafkanlah aku
Sukar mempercayaimu
Mungkin suatu hari akan terbuka hati
Kekosongan akan terisi
Tapi ku rasa ragu
Sanggupkah kau menunggu hingga saat itu


03 May 2013

B E R J A L A N | T A N P A | H E N T I

Hidup kita ini diibaratkan mcm roda..kdg2 di atas..kdg2 di bawah...
Tidak semua yg kita rancang akn terlaksana dgn baik..ada yg gagal,ada yg berjaya.

tetapi..

sedarlah bahawa hidup ini telah dirancang indah oleh Yang Maha Agung..
bangkitlah kerana Ya Rabbi andai dirimu jatuh tersungkur...
teruskan perjalanan ini walau pelbagai ujian,dugaan,ringtangan yg harus ditempuhi..

kerana..

Dia Yang Maha Mengetahui sentiasa bersama menemanimu..
Dia Yang Maha Mendengar setiap pengaduan di dalam doa sujudmu..
Dia Yang Maha Melihat setiap gerak geri tingkahmu..

Lakukanlah kebaikan kerana Lillahi Taala..




02 August 2012

G R A T E F U L

Credit pix from Mr.Kawaras Yahaya..


Rasa nk menulis after tgk gmbr ni....  T_T

Antara sedar @ x,kita slau merungut bila kita ditimpa masalah mahupun apa yg kita rancang tidak menjadi as planned..slahkn org tu..org ni..
Tp sedarkah kita bhawa ramai lg yg struggled utk jd seperti kita..??
Yg x berkemampuan/yg  x sempurna sebaik ciptaan Allah..mereka tetap berusaha mencari jln utk survive their life...gunakn kemampuan yg ada..
Mungkin kita xsedar,kekurangan kita itu sebenarnya kelebihan pd diri kita..(like a pix above)

(^_^) Pesanan utk diri sendiri & semua...walau apa pun yg berlaku pd diri anda,jgn keluh kesah/gundah gulana...kerana apa yg terjadi itu smuanya adalah rancangan Yang Maha Esa..Dia adalah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui...bersyukur la...


02 March 2012

Y O U || M E


Td aku sempat bca 1 blog...agak interesting utk share bersama...cer baca la naaaa...

>>>>>>LELAKI PERLU TAHU YANG PEREMPUAN:

    1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
      bermanja
      dan mendapatkan perhatian.
    2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
    3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
    4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
    5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
    6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
    7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
    8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
    9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
    10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

>>>>>PEREMPUAN JUGA PERLU TAHU YANG LELAKI:

    1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
    2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
    3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
    4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
    5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
    6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
    7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
    8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
    9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
    10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
    11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
    12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
    13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
    14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
    15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
    16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
    17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
    18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

p/s:thanx n credit to GreenAppleKu

29 February 2012

♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪...berhabuk lg....♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪


i'm back...!!!!
(bley ka gitu??)

29feb....

mostly talked about this today coz it'is come once in 4 years....
so for those who celebrate birthday today...hepi besday..have a blast moment n great day...

refer to the quote above..(cewahhh dh rupa dlm soklan exam jdnya)
looks simple but have 1000 meanings...so whatever happened " uols" stay cool...ok????